Visi, Misi & Objektif

Visi

Generasi Pemimpin Ummatik, Negara Sejahtera

Misi

  • Generasi bertauhid yang mempunyai jiwa murni yang sentiasa bertaut dengan Allah & Rasul.
  • Generasi yang memiliki adab dan akhlak yang baik sesuai dengan adat serta budaya setempat.
  • Generasi yang memiliki intelektual dan kemahiran dalam bidang dan potensi masing-masing.

Objektif

Pengasuhan jiwa yang murni dan bersih hingga melahirkan adab serta akhlak yang baik dengan Allah, sesama insan dan makhluk yang lain.

  • Membentuk pemikiran yang bijaksana dan matang.
  • Melatih kepimpinan dalam organisasi atau masyarakat.
  • Membimbing latihan keusahawanan supaya anak-anak mampu mengurus projekprojek kecil sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
  • Melatih kemahiran hidup dengan menjadikan setiap potensi yang ada sebagai.
  • Mengenalpasti dan mengasah pelbagai bentuk kecerdasan seperti memori, sosial, motor atau pergerakan, audio, visual, spatial, numerikal dan sebagainya untuk dimanfaatkan ke arah mencapai kejayaan, kesejahteraan hidup dan keseimbangan buat alam.

Pengenalan

Sekolah Menengah Islam Al-Ghazali atau Akademi Al-Ghazali (SMIG) ditubuhkan pada tahun 2019 di Nilai, Negeri Sembilan. Pada awal penubuhan, akademi hanya mengambil pelajar yang berumur di antara13-15 tahun sahaja. Seiring dengan penambahan guru, akademi menambah pelajar yang berumur 16-17 tahun bermula pada tahun 2021.

Pelajar SMIG ialah anak-anak yang berumur antara 13 tahun – 17 tahun(Form 1 – Form 5). Modul SMIG bertujuan untuk menyediakan pendidikan yang menggabungkan elemen tradisi dan moden.

Tujuan penubuhan Akademi Al-Ghazali ini adalah untuk membina generasi baru yang akan membawa kebaikan kepada agama dan negara dengan bertunjangkan kepada :

  • Tauhid Cinta kepada Allah dan Rasul.
  • Adab pekerti yang mulia.
  • Kecerdasan dalam bidang akademi dan kemahiran.
  • Mengabungkan elemen tradisi (madrasah) dan moden (sekolah).

Garis Panduan Pelajar

Di Akademi Al-Ghazali, kita menekankan para pelajar untuk mencapai

  • Ilmu dan kefahaman.
  • Intelektual dan kemahiran.
  • Potensi dan kecenderungan.
  • Khidmat, kesan dan pencapaian.
  • Kepimpinan, kerja berpasukan dan kemanusiaan.
  • Pelaksaaan projek atau tugasan serta penghasilan.

Marilah menyumbang pada dana operasi & pembangunan Sekolah Menengah Islam Al-Ghazali

Kami memerlukan sumbangan anda